7 Ogos 2018

TV3HD - Dokumentari FIlem Pulang 2018


Omar Othman, 76 tahun, menyingkap kisah perpisahan yang terjadi dalam keluarganya. Ayahnya, Othman meninggalkan Omar & ibunya di kampung halaman mereka di Serkam, Melaka. Othman menjadi kelasi di kapal dagang yang merantau ke serata dunia. Perginya untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik buat keluarga, namun mereka terus terpisah buat selamanya.
Majalah 3 minggu ini memaparkan kisah di sebalik filem yang berpaksikan sebuah kisah benar, namun diolah demi memberi lebih kepuasan kepada penonton.
Selain itu, krew Majalah 3 turut menjengah kehidupan kelasi-kelasi Melayu yang kini terus menetap di Liverpool, yang dahulunya terkenal sebagai antara pelabuhan paling sibuk di dunia.
Jangan lupa saksikan Pulang di pawagam yang telah memulakan tayangan sejak 26 Julai lalu.
MAJALAH 3, ISNIN 9 MALAM!