Omar Othman, 76 tahun, menyingkap kisah perpisahan yang terjadi dalam
keluarganya. Ayahnya, Othman meninggalkan Omar & ibunya di kampung
halaman mereka di Serkam, Melaka. Othman
menjadi kelasi di kapal dagang yang merantau ke serata dunia. Perginya
untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik buat keluarga, namun mereka
terus terpisah buat selamanya.
Majalah 3 minggu ini memaparkan kisah di sebalik filem yang berpaksikan
sebuah kisah benar, namun diolah demi memberi lebih kepuasan kepada
penonton.
Selain itu, krew Majalah 3 turut menjengah kehidupan kelasi-kelasi Melayu yang kini terus menetap di Liverpool, yang dahulunya terkenal sebagai antara pelabuhan paling sibuk di dunia.
Jangan lupa saksikan Pulang di pawagam yang telah memulakan tayangan sejak 26 Julai lalu.
MAJALAH 3, ISNIN 9 MALAM!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan